Thursday, February 26, 2009
Kejiranan
Apakah kita perlu menubuhkan persatuan penduduk...atau biarkan sahaja..Hari ahad 1 Mac 2009.Satu aktiviti gotong royong dilakukan di jalan rumah penulis dan jalan bersebelahan rumah penulis.Aktiviti adalah untuk membersihkan longkang di hadapan dan belakang rumah masing-masing.Banyak pengajaran yang boleh didapati seperti
1)sikap jiran kita tentang gotong royong.ada yang malas buat tapi turun padang.Alasan mereka,kan ini kerja majlis.....Pada penulis kita atau anak kita buang sampah kitalah bersihkan.kecuali benda besar...kita tak de alat barulah kita minta majlis bersihkan melalui SWM. 2)Kemesraan jiran kita.dengan adanya gotong royong barulah orang rumah kita kenal siapa jiran satu blok mereka.Itupun tak semua.Ada juga jiran yang orang rumahnya tak keluar langsung.Tak tahulah...Penulis rasa kemesraan sekarang tak macam kat kampung...bak kata pepatah "cubit peha kanan peha kiri terasa"
Video
Ini adalah salah satu lagu yang sedang top sekarang ni...dimana tajuk dramanya adalah 'Jelita'.Kadang-kadang tak mis juga penulis menontonya di TV3 lepas sembahyang zohor.Apa yang memberi pengajaran adalah sikap dendam manusia yang tak pernah tamat,sikap sombong orang kaya..macam kat malaysia gak.Sikap buruk sangka yang mudah di api-apikan oleh orang ketiga.Permainan kotor orang yang ingin mengenakan kita.Yang penting sikap cinta dan kasih sayang tidak mungkin dapat dipisahkan dan dijual beli.Pengejaran yang paling penting bagi penulis adalah orang miskin selalu dihina ,bukan kerana tidak mempunyai wang tetapi tidak mempunyai ilmu untuk menghadapi situasi kehidupan.
Wednesday, February 25, 2009
Hobi
Kalau kail ponjang sojongkal ikan bosar jangan harap didugo.Kadang-kadang hobi memancing ni ada bagusnya jugak.Terutama jika umpannya mengena dan ikan bosar pulak tu.Siapa yang tak jelous macam ni.Dulu penulis jiga suka memancing.tapi bila asyik tidak dapat ikan bosar,bosan pulak.Kemudian tukar hobi suka melayari internet untuk mencar teknologi terkini dan pelajaran baru.Lagi syok rasanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)