Tuesday, November 24, 2009

Iblis menangis ketika mukmin bersalam RASULULLAH saw bersabda maksudnya: "Wahai manusia, sampaikanlah salam,berikanlah makan dan solatlah pada waktu malam ketika orang Lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga." Sabdanya lagi: "Sesungguhnya dalam syurga itu ada kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah dibayangkan hati manusia." Lalu bertanya sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah itu?" Sabda Rasulullah: "Ia bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang memberikan makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur." Bertanya sahabat: "Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya Rasulullah?" Sabda Rasulullah lagi: "Akan aku terangkan kepada kamu semua. Mereka ialah:- a. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, sesungguhnya dia telah menyiarkan salam. b. Barang siapa memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang, maka sesungguhnya dia telah memberi makan. c. Barang siapa berpuasa pada Ramadan, kemudian berpuasa enam hari Syawal (kecuali 1 Syawal), bererti dia sentiasa berpuasa. d. Barang siapa solat Isyak dan Subuh berjemaah, sesungguhnya dia mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur." Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya iblis menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh, aduh celaka, kedua-dua mukmin itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya." Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." "sampaikanlah walau satu ayat" al hadis Wassalam

Petua Ulangkaji Pelajaran

  1. Sediakan ruang bagi setiap anak secukupnya
  2. Jika tiada kerja sekolah suruh anak mengulangkaji pelajaran
  3. Duduk bersama-sama anak-anak
  4. Baca doa penerang hati(muslim)
  5. Tutup tv
  6. Buat jadual ulangkaji anak anda
  7. Sekali sekala ibu bapa bercerita tentang ilmu kepada anak-anak
  8. Jika ibu bapa tak mampu membantu anak dalam pelajaran carikan kelas tuisyen
  9. Tanya anak and tentang kefahamanya
  10. Sedia berbual dengan anak-anak agar lebih mesra
  11. Bila anak akan menghadapi peperiksaan,bantu dengan doa dan sembahyang

Monday, November 9, 2009

Majlis Perkahwinan Tam

Pada hari minggu 8.11.09.penulis telah dijemput untuk menghadiri satu majlis perkahwinan celeberiti,penyanyi kumpulan spider Tam dan Lin iaitu orang pekan nenas,Pontian,Johor.Majlis sederhana tetapi meriah dengan kehadiran rakan artis dan dj radio sinar khairil sebagai DJ jemputan.