Wednesday, June 24, 2009

MWS

Minggu ini adalah minggu mahasiswa bagi pelajar baru,yang mendaftar pada 22.6.2009.Klick untuk lihat gambar

Friday, June 19, 2009

Musim BUAH datang lagi

Pada musim buah buahan ini sungguh seronok.Ramai saudara mara berkumpul dan berkunjung semata-mata untuk merasai buah-buahan yang ada di kampung.Itulah kekuatan persaudaraan dalam musim buah-buahan ini.Saya bersukur kerana dilahirkan dalam keadaan 3 bangsa iatu sebelah emak campuran jawa dan b anjar manakala sebelah bapa bugis makasar tulin.Maka bila balik kekampung sebelah ayah maka tergangalah saya kerana tidak tahu berbahasa bugis faham pun ayat seperti "mandreh(makan)" "aga karebah(apa kabar)""madicing(kabar baik)" dan beberapa patah perkataan lagi.Kalau kekampung satu lagi cakap jawa pulah "kabare(apa kabar)""waras(kabar baik)""mangan(makan)" dan beberapa patah perkataan lain lagi.Itulah uniknya mempunyai keluarga yang berbilang kaum ni..seronok dan boleh jadi bahan cerita dan bualan bila bersembang bersama saudara mara.Makan durian ni panas sampai tak boleh tidur malam.Tekak haus sahaja.Oleh itu perbanyakkan minum air masak atau air mineral.Kalau kat johor ni banyak tempat dusun durian seperti di Pontian,Pekan Nanas ,Kukup,benut atau Gelang patah seperti kampung pekajang,kg Pok dan pelbagai tempat lagi yang sedang gugur buah durianya.Tak lama lagi buah rambutan,pulasan dan manggis pulak.Pendek kata bersambunglah demam buah-buahan ni