Tuesday, September 8, 2009

Nama syaitan dalam surah Al Fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan, Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. 1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH 2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB 3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU 4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK 5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS 6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!! 7) SIROTHOLLAZI........sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti. 8) AMIN, hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA.... dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat, Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Wednesday, September 2, 2009

Selamat Berpuasa dan Berhari raya

Semoga dengan ramadan ini akan memberi kerahmatan kepada kita semua.Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua yang saya kenal.Minta maaf jika ada terkasar bahasa,tersilap kata,termakan ,terminum dan perbuatan yang menyinggung perasaan. Nuzul Al Quran Adalah hari di mana turunnya Al Quran Nur Karim kepada nabi Muhammad SAW jatuhnya pada 17 Ramadan bersamaan 7 September 2009.Hari yang penuh bersejarah dan penuh dengan kerahmatan kepada semua umat manusia.