Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya

Saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua pembaca bloger saya.

Friday, July 15, 2011

Malam nisfu sya'aban

Pada hari sabtu ini 16 Julai 2011 adalah hari nisfu sya'aban Nisfu-bererti setengah,manakala sya'aban bererti bulan sya'aban.Bererti malam ke limabelas dalam bulan sya'aban bermaksud 15 hari lagi bulan ramadhan. malam tersebut merupakan malam penuh berkat dan rahmat selepas malam lailatul qadr.Perbanyakkan sembahyang sunat dan beristighfar kerana malam ini akan di angkat buku amalan sesorang manusia ke langit dan digantikan dengan buku amalan baru. Amalan yang perlu dibuat ialah; 1.Sunat sunat nisfu sya'aban,10 rakaat,100 rakaaat dengan dua rakaat 1 salam 2.Membaca 3 kali yaasin dengan setiap yasin memohon dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki yang halal dan ditetapkan iman 3.Berpuasa pada esoknya 15 sya'aban mudah-mudahan Allah menerima amalan baik kita..amin ya rabal alamin

Monday, June 6, 2011

CUTI SEKOLAH DAN PERKAHWINAN

Alhamdulillah pada cuti sekolah in...banyak aktiviti ibubapa dan pelajar dijalankan. Ada sekolah yang sibuk mengadakan aktiviti perkemahan dan motovasi,pengukuhan pembelajaran dan subjek tertentu.nama sahaja cuti sekolah...tapi anak-anak tak cuti pun untuk release tension...lagi tension adalah...(agaknya).Kerja sekolah pun banyak gak...ada sekolah tak de latih tubi pun..soalan-soalan mengikut subjek utama...so...ibu bapa juga yang sibuk tolong melayan kerenah kerja sekolah anak-anak...ha..haaa...Bagi yang pergi bercuti..seronoklah...yeeee.
Perkahwinan pun dah macam kemestian dalam cuti sekolah nie..kadang kadang sampai 5 jemputan kahwin pada satu hari..kesianya..tuan rumahlah...banyak makanan tidak habis..dah habis sedekah pun banyak lagi..last-last minute buang je...kasi ayam makan.
Yang bertunang pun sibuk juga adakan majlis..kalau dipikirkan kan banyak hari lain boleh dibuat pertunangan tu...Jadi adik beradik...saudara mara tak datang kerja kawin sebab tolong hantar majlis pertunangan dan menyambut kedatangan bakal mak mentua so..tak dapat datanglah ke majlis kenduri kahwin..adik beradik,saudara mara atau jiran atau kekawan tu...
Begitulah percaturan hidup zaman sekarang....kau--kau....aku--aku...Nilai kemesyarakatan dah kurang sekarang ni...maklumlah masing-masing berduit (kata orang lama).
Walau apa pun selamat menyambut cuti sekolah dan perkahwinan kepada semua.Juga bagi pasangan yang bertunang selamat bertunang.

Friday, March 11, 2011

Lawatan

Pada 1.3.2011 satu lawatan oleh Kursus Juelektrik ke Taman Negara Kukup Laut dan Tanjung Bin Power Plant.Banyak pengetahuan dan pengelaman bila pergi ke dua dua tempat ini.

Monday, January 24, 2011

Maulidurasul

Bismilahhirahmannirahim.Allah hummasalli ala Muhammad 15 february 2011 bersamaan 12 rabiulawal 1432hijrah adalah sambutan maulidurasul.Sesiapa berselawat ke atas nabi maka para malaikat akan mendoakannya dan menyampaikan selawat tersebut kepada nabi Muhammad saw.