Friday, July 15, 2011

Malam nisfu sya'aban

Pada hari sabtu ini 16 Julai 2011 adalah hari nisfu sya'aban Nisfu-bererti setengah,manakala sya'aban bererti bulan sya'aban.Bererti malam ke limabelas dalam bulan sya'aban bermaksud 15 hari lagi bulan ramadhan. malam tersebut merupakan malam penuh berkat dan rahmat selepas malam lailatul qadr.Perbanyakkan sembahyang sunat dan beristighfar kerana malam ini akan di angkat buku amalan sesorang manusia ke langit dan digantikan dengan buku amalan baru. Amalan yang perlu dibuat ialah; 1.Sunat sunat nisfu sya'aban,10 rakaat,100 rakaaat dengan dua rakaat 1 salam 2.Membaca 3 kali yaasin dengan setiap yasin memohon dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki yang halal dan ditetapkan iman 3.Berpuasa pada esoknya 15 sya'aban mudah-mudahan Allah menerima amalan baik kita..amin ya rabal alamin

Monday, June 6, 2011

CUTI SEKOLAH DAN PERKAHWINAN

Alhamdulillah pada cuti sekolah in...banyak aktiviti ibubapa dan pelajar dijalankan. Ada sekolah yang sibuk mengadakan aktiviti perkemahan dan motovasi,pengukuhan pembelajaran dan subjek tertentu.nama sahaja cuti sekolah...tapi anak-anak tak cuti pun untuk release tension...lagi tension adalah...(agaknya).Kerja sekolah pun banyak gak...ada sekolah tak de latih tubi pun..soalan-soalan mengikut subjek utama...so...ibu bapa juga yang sibuk tolong melayan kerenah kerja sekolah anak-anak...ha..haaa...Bagi yang pergi bercuti..seronoklah...yeeee.
Perkahwinan pun dah macam kemestian dalam cuti sekolah nie..kadang kadang sampai 5 jemputan kahwin pada satu hari..kesianya..tuan rumahlah...banyak makanan tidak habis..dah habis sedekah pun banyak lagi..last-last minute buang je...kasi ayam makan.
Yang bertunang pun sibuk juga adakan majlis..kalau dipikirkan kan banyak hari lain boleh dibuat pertunangan tu...Jadi adik beradik...saudara mara tak datang kerja kawin sebab tolong hantar majlis pertunangan dan menyambut kedatangan bakal mak mentua so..tak dapat datanglah ke majlis kenduri kahwin..adik beradik,saudara mara atau jiran atau kekawan tu...
Begitulah percaturan hidup zaman sekarang....kau--kau....aku--aku...Nilai kemesyarakatan dah kurang sekarang ni...maklumlah masing-masing berduit (kata orang lama).
Walau apa pun selamat menyambut cuti sekolah dan perkahwinan kepada semua.Juga bagi pasangan yang bertunang selamat bertunang.

Friday, March 11, 2011

Lawatan

Pada 1.3.2011 satu lawatan oleh Kursus Juelektrik ke Taman Negara Kukup Laut dan Tanjung Bin Power Plant.Banyak pengetahuan dan pengelaman bila pergi ke dua dua tempat ini.

Monday, January 24, 2011

Maulidurasul

Bismilahhirahmannirahim.Allah hummasalli ala Muhammad 15 february 2011 bersamaan 12 rabiulawal 1432hijrah adalah sambutan maulidurasul.Sesiapa berselawat ke atas nabi maka para malaikat akan mendoakannya dan menyampaikan selawat tersebut kepada nabi Muhammad saw.

Tuesday, December 21, 2010

Tahun Baru

Tidak lama lagi kita semua akan menyambut tahun baru 2011.Maka meningkatlah usia kita dan anak-anak kita.Persiapan sekolah pun sudah mula dibeli oleh ibu bapa untuk kemudahan anak-anak.Inilah pelaburan dan tanggungjawab ibubapa kepada anak-anaknya.Semoga Allah swt akan membalas keikhlasan para ibubapa satu hari nanti Purata seorang anak pra sekolah Rm 170,sekolah rendah Rm160.Sekolah agama RM150.sekolah menengah RM 260.Kalau 3 orang anak +-Rm800 hingga Rm 1200...WOW... Pembelian baju sekolah dan peralatan sekolah purata Rm 120 kalau "branded" maka lebih lagi Ringgitnya. Kalau dapat masuk kolej atau universiti maka standbylah dengan Ringgit malaysia yang lebih besar lagi Kalau dikira-kira perbelanjaan raya pun tak tak sebanyak untuk mesekolahkan anak.Jadi jangan biarkan anak-anak kita mensia-siakan masa persekolahannya.Sahutlah seruan Kerajaan Johor iaitu satu rakyat Johor satu sijil.Tidak kiralah sijil kemahiran,diploma atau ijazah. sempena tahun baru ini saya mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua rakan pembaca blos saya ini.

Tuesday, October 26, 2010

Peperiksaan

Bulan ini dan seterusnya adalah bulan yang sibuk dengan peperiksaan.Masing-masing ibu bapa,guru,pensyarah dan tutor sibuk dengan persiapan peperiksaan masing-masing.Anak anak tak suka..tak suka ...benci..benci dengan ibu bapa kerana disuruh baca buku je...sepanjang masa...tak boleh bermain....AHHHHH....bosanNNNNN.Haaaa..haaa begitulah budaya dan cara pembelajaran anak anak...kita....yang sama kulit dengan....kita...

Monday, July 19, 2010

Musim buah datang lagi

Musim buah datang lagi...tapi kali iini tak rata buahnya dan tak banyak.Saya untung kerana berjiran dengan taukeh buah.Hari-hari kalau nak makan minta aje..(tak tau malu). Tapi kali ini buah tak banyak maka dapat rasa jelah kerana harganya mahal.Seperti buah durian harganya paling murah RM5...mahal pun Rm 15....sekilogram .Ikut rasalah manis,pahit atau lemak dan yang mahal ada ketiga-tiganya sekali...yang ini pilihan saya.Cempedak sekitar RM4-6.Manggis sekitarRM3-5 sekilogram.Pulasan Rm4-6 sekilogram.Rambutan Rm3-6 sekilogram. Kalau semua nak dirasa banyak juga duitnya...Makan durian ada petuanya..kalau lepas makan, minum air menggunakan saparnya(kulit tempat isi) sambil selawat 3 kali.Insya Allah badan tak panas sangat.rambutan pun panas gak lepas makan banyak minum air baru tak batuk..kalau cempedak dan mangis jenis sejuk jangan makan kalau perut kosong nanti sakit perut..aduh nak melabur ...aje...pegi post opis.