Friday, March 27, 2009

Maulidurasul

Tema Maulidurasul tahun ini adalah 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah".oleh itu satu sambutan peringkat Kumpulan Pendidikan YPJ telah diadakan di Dewan Besar Kolej Islam Johor.Penceramah undangan adalah Ustaz Hj Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz(pengarah Akademi Al-Quran Wal Hadis At-Taqwa,Sabah).Persembahan nasyid adalah staff dari Jabatan Agama Johor iaitu johan nasyid peringkat negeri Johor.Johan perarakan dimenangi oleh KKYPJJB dibawah pimpinan pengurus kolej En Mohd Abdul Basit.Sehari sebelum itu satu aktiviti rewang diadakan di kantin KPYPJ di Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru.

Monday, March 16, 2009

Sambutan Maulidurasul

Semalam Ahad 15.3.09.Satu sambutan maulidurasul masjid Pekan Nanas diadakan.Penceramah undangan ialah ustaz Hassan Din Al Hafiz.Bermacam acara diadakan sebelum hari kemuncak sambutan seperti perlawanan futsal,kompang,berzanji,mengaji dan merwarna bagi kanak-kanak berumur antara 3-6 tahun dan 7-8 tahun.Masjid Pekan Nanas adalah antara masjid yang aktif dalam pelbagai acara.

Monday, March 9, 2009

Artikel

Hari ini adalah hari sambutan maulidurasul s.a.w.Ada pihak menyatakan sambutan ini bidaah.Manakala bagi ahli suni ianya adalah salah satu sambutan bagi mengingati tentang kelahiran nabi muhamad s.a.w yang telah menerangi hidup manusia dari kegelapan.Kelahiran yang tiada tolok bandingnya dari kelahiran lain.Dikala nabi dilahirkan dikatakan telah memancar cahaya hingga ke syaria dan lingkungan radius dari nabi dilahirkan.Para malaikat turun kebumi dan berselawat keatasnya,manakala awan berarak menutupi kawasan kelahiran nabi dari kepanasan matahari.Berselawatlah ke atas nabi nascaya para malaikat akan memberitahu nabi siapa yang berselawat keatasnya.Semoga orang berselawat kepada nabi akan mendapat syafaat di hari akhirat kelak.Selawat paling ringkas ialah 'Allah huma sali ala Muhammad'.Rugilah orang yang tidak berselawat ke atas nabi.Kerana Allah menjanjikan pahala yang besar kepada sesiapa berselawat ke atas Nabi Muhamad s.a.w.Jangan sekadar berselawat...tetapi ikutlah segala ajaran islam yang telah nabi berikan.Ada banyak cara berselawat ke atas nabi....rajin-rajinlah mencari buku dan sumber dari media elektronik yang canggih sekarang.

Travel

Semalam penulis pergi ke air hitam Batu Pahat,Saja ikut abang dan mertuanya pergi cari bunga.Banyak perubahan di air hitam sekarang kerana pekannya semakin membesar dan semakin banyak perniagaan menjual barangan seperti kerepek,pasu,bantal dan kraftangan yang menarik hati di sana.Jarang orang yang kesana balik dengan tangan kosong.Tetapi kenapa Air Hitam tidak di tempat lain....mungkin kerana namanya dan produknya sudah sinonim dengan orang Johor dan Melaka.Begitu juga dengan Tangkak di Muar terkenal dengan barangan kainnya,Kukup Laut(Permas) dan Tanjung Piai(Serkat),Pontian dengan makanan lautnya,Pekan Nanas dengan produk Nanasnya dan banyak tempat lain juga mempunyai keistimewaanya sendiri.

Thursday, March 5, 2009

Hobi kereta

Hobi yang perlu banyak modal tapi ada kepuasannya tersendiri Solek Kereta

Maintenance office

Alhamdulilah ..hari semalam pelajar tahap 3 buat pemasangan kabel network dari bilik pelajar elektrik ke bilik kuliah tahap 3.Kabel dimasukkan dalam konduit GI dan ditanam dalam tanah.Apa yang lebih mencabar ialah memotong simen koridor dan tar jalan sepanjang 24 kaki.Siap juga akhirnya dan hari ini akan dilakukan kerja menyimin jalan dan simen koridor.Network ada komputer lak tiada.Tapi tak pe,kalau ada laptop lehlah network.Hari ini lak tukar 2 soket baru di office.Wiring talian fax dalam cassing 1 inci.Alih kipas angin diruang tamu pejabat.