Monday, March 9, 2009

Artikel

Hari ini adalah hari sambutan maulidurasul s.a.w.Ada pihak menyatakan sambutan ini bidaah.Manakala bagi ahli suni ianya adalah salah satu sambutan bagi mengingati tentang kelahiran nabi muhamad s.a.w yang telah menerangi hidup manusia dari kegelapan.Kelahiran yang tiada tolok bandingnya dari kelahiran lain.Dikala nabi dilahirkan dikatakan telah memancar cahaya hingga ke syaria dan lingkungan radius dari nabi dilahirkan.Para malaikat turun kebumi dan berselawat keatasnya,manakala awan berarak menutupi kawasan kelahiran nabi dari kepanasan matahari.Berselawatlah ke atas nabi nascaya para malaikat akan memberitahu nabi siapa yang berselawat keatasnya.Semoga orang berselawat kepada nabi akan mendapat syafaat di hari akhirat kelak.Selawat paling ringkas ialah 'Allah huma sali ala Muhammad'.Rugilah orang yang tidak berselawat ke atas nabi.Kerana Allah menjanjikan pahala yang besar kepada sesiapa berselawat ke atas Nabi Muhamad s.a.w.Jangan sekadar berselawat...tetapi ikutlah segala ajaran islam yang telah nabi berikan.Ada banyak cara berselawat ke atas nabi....rajin-rajinlah mencari buku dan sumber dari media elektronik yang canggih sekarang.

No comments: