Thursday, April 23, 2009

Elektrik

TIPS MINGGU INI Sistem bekalan tenaga di malaysia bagi bekalan pengguna adalah sistem bekalan satu fasa dan 3 fasa. 1.Bekalan 1 fasa adalah bekalan dengan 230 volt dengan frekuansi 50hz. 2.Bekalan 3 fasa adalah bekalan dengan 400 volt, 50hz Bekalan 1 fasa mesti mempunyai satu fasa bekalan tenaga bersama 1 talian neutral dan 1 talian keselamatan iaitu dawai bumi yang dipasang dipepasangan pengguna. Manakala bekalan 3 fasa mempunyai 3 fasa bekalan tenaga bersama 1 talian neutral dan 1 talian keselamatan iaitu dawai bumi yang dipasang dipepasangan pengguna Bekalan 3 fasa terdiri dari 1.Fasa Merah 2.Fasa Kuning 3.Fasa Biru Kitaran (squence)penggunaan fasa ini bagi gegelung motor 6 terminal ialah 1.Merah ke Kuning 2.Kuning ke Biru dan 3.Biru ke Merah.Jika kitaran ini tidak betul maka motor akan berputar dengan songsang(lawan jam). Sistem inilah yang menerangi dan menceriakan kehidupan moden kita sekarang.Tetapi awas jangan sebarangan memegang apa-apa sistem bekalan yang terdedah dengan tangan.Kerana ini akan membawa padah kerana anda akan terkena rejatan elektrik.oleh itu sistem yang menceriakan akan menjadikan hidup kita atau orang sekeliling kita muram.

No comments: