Monday, May 25, 2009

Ibu Pukul Rakan Anaknya

Hari ini saya terbaca di harian metro satu kes seorang ibu menampar rakan anaknya di bilik darjah disebuah sekolah di Kuala Lumpur. Mangsa tersebut baru berusia 7 tahun.Budak-budak gaduh mak bapak sebuk nak gaduh sama.Mungkin masa kecik dia tak pernah gaduh dah besar nak gaduh pulak.Tapi dengan budak 7 tahun.......alahai apa nak jadi dengan ibu bapa yang selalu memenangkan anak dan memanjakan anak.Ini akan menjadi penyakit keturunan bila anak ini besar dia pula akan membela(sebutannya bay iaitu bayla) anaknya.Puncanya ialah bila kita beranak sikit maka kita rasa terlalu sayang dengan anak kita berlebihan...dan mungkin....terlebih perihatin menyebabkan banyak ibu bapa hilang pertimbangan dan kewarasan dalam membuat keputusan. Apa yang saya nak beritahu...ialah berita terbaru yang terjadi dikawasan saya.Kes yang hampir sama,iaitu seorang guru telah menampar anak muridnya dalam darjah 4.Tamparan guru ini telah menyebabkan anak muridnya terhantuk pada cermin tingkap.Maka berdarahlah kepala anak muridnya terkena cermin tadi dan setelah dibawa ke hospital maka kenalah 3 jahitan. Macam biasalah ibu bapa anak murid guru ini menyerang guru tersebut di sekolah. Nak jadikan cerita...berleterlah ibu murid yang cedera ini dengan sebakul sumpah seranah dan sekilo pertikaian kredibiliti guru tersebut. Guru tersebut hanya diam tanpa jawapan...sebab tiada ruang untuk menjawab...semuanya sudah penuh kerana leteran ibu murid yang tercedera tersebut. Saya rasa tiada sebab kita nak berleter tanpa sebab munasabah..kadang-kadang ada perkara berlaku tanpa kita sedari yang impaknya lebih dari itu. Saya pun tak pasti apakah terjadi seterusnya...tapi apa yang saya nak tegaskan di sini,contohnya kalau kereta atau motor kita rosak...apakah soalan pertama yang kita tanya atau fikirkan...
  1. Apa yang rosak ?
  2. Kenapa rosak ?
  3. Siapa kita nak panggil untuk bantuan ?
  4. Kat mana nak hantar repair ?
  5. Option kerosakan dengan gantian ?
  6. Harganya ?
  7. Keputusan kita...sangup atau tidak sanggup ?

Kenapa kita tidak bertanya soalan seperti di atas bila berlaku kejadian seperti anak kita di rotan,didenda,dicubit,dijotos,diluku atau ditampar(tempeleng) oleh orang yang bernama guru atau cikgu.

Zaman saya sekolah dulu zaman 80an' kalau saya kena dengan cikgu seperti denda di atas maka saya akan dapat juga dirumah jika saya mengadu.Lepas tu kena jawab dengan ibu bapa..KENAPA CIKGU BUAT MACAM TU.Salah jawab dapat lagi..aduh...macam mana dak mengadu kalau dah salah kita..betul tak?

Sebab tu bebudak zaman dulu banyak jadi orang bukan orang-orang...Jadi kita fikirlah dengan waras.

Tuesday, May 12, 2009

Motosikal

Motorsikal adalah salah satu pengangkutan yang penting.
Tapi bagaimana..jika larangan motorsikal dilarang masuk ke bandar KL....!!!
macammana Pak guard nak kerja...Macamana....orang yang pengangkutanya hanya ada...
MOTORSIKAL....Kesian mereka ini....
Jangan kerana Mamat Rempit...maka orang lain pun kena....
Kalau bebudak tu dah kurang ajar...maka ajarlah mereka...
Kenapa nak babitkan orang lain..........
Buat undang...undang...keras untuk mereka...hantar ke sekolah budak nakal/jahat kat melaka..ke.....atau tempat khas untuk kes sosial....
Contohi Singapura....Kesalahan yang melibatkan kebersihan...hukumanya selain...
SAMAN...mereka juga dipastikan melakukan kerja SOSIAL untuk beberapa hari atau jam seperti memungut sampah cuci jamban ke...longkang ke..atau sebagainya..
Kalau tak masuk penjara dan kena sebat....
Rasanya bebudak ni kalau kena hukum ada kesedaran sikit.Maklumlah budak budak akal pun tak cukup lagi.
Zaman 80an hingga 90an rempit juga.. tapi tak menyusahkan orang...kita rempit dengan klick lain..lepas tu kat jalan gelap dan kosong..tak ada kenderaan.
Siapa kalah kena belanja makan satu klick.
Budak sekarang..siapa menang dapat Dosa ..tiket masuk neraka...apa dia..kalau tak perempuan untuk berzina.
Pernahkah kita terfikir ini kerja siapa sebenarnya.....kalau tak musuh kita yang nyata....
Iblis...Syaitan....dan sekutunya yang bertopengkan manusia...
Budak sekarang lain.. nak menunjuk...Riak...Takbur..Bodoh sombong.Tak de maknanya..
Kena sumpah dengan orang je..kalau 40 orang yang sumpah..tak ke termakbul sumpahan itu.!!
Sebenarnya kerja berdakwah ini kerja semua orang dengan dipandu oleh orang-orang dari Jabatan Agama...AJK Masjid dan sebagainya...tapi apa yang orang kita dah buat untuk menangani masalah ini....
Ada...tapi sikit atau pelan..pelan...(SLOW) sebab mereka ni memang pelan pun.Nak buat macam mana..Jadi kita fikir-fikirkanlah sendiri..dan buatlah sesuatu untuk menanganinya.
HElo...heloo...!!! ini baru satu masalah...belum yang lain....Jangan Tidur Lagi
Berfikir sedetik itu lebih baik dari beribadat seratus tahun