Hari ini saya terbaca di harian metro satu kes seorang ibu menampar rakan anaknya di bilik darjah disebuah sekolah di Kuala Lumpur.
Mangsa tersebut baru
berusia 7 tahun.Budak-budak gaduh mak bapak sebuk nak gaduh sama.Mungkin masa kecik dia tak pernah gaduh dah besar nak gaduh pulak.Tapi dengan budak 7 tahun.......alahai apa nak jadi dengan ibu bapa yang selalu memenangkan anak dan memanjakan anak.Ini akan menjadi penyakit keturunan bila anak ini besar dia pula akan membela(
sebutannya bay iaitu bayla) anaknya.Puncanya ialah bila kita beranak sikit maka kita rasa terlalu sayang dengan anak kita berlebihan...dan mungkin....terlebih perihatin menyebabkan banyak ibu bapa hilang pertimbangan dan kewarasan dalam membuat keputusan.
Apa yang saya nak beritahu...ialah berita terbaru yang terjadi dikawasan saya.Kes yang hampir sama,iaitu seorang guru telah menampar anak muridnya dalam darjah 4.Tamparan guru ini telah menyebabkan anak muridnya terhantuk pada cermin tingkap.
Maka berdarahlah kepala anak muridnya terkena cermin tadi dan setelah dibawa ke hospital maka kenalah 3 jahitan.
Macam biasalah ibu bapa anak murid guru ini menyerang guru tersebut di sekolah.
Nak jadikan cerita...berleterlah ibu murid yang cedera ini dengan sebakul sumpah seranah dan sekilo pertikaian kredibiliti guru tersebut.
Guru tersebut hanya diam tanpa jawapan...sebab tiada ruang untuk menjawab...semuanya sudah penuh kerana leteran ibu murid yang tercedera tersebut.
Saya rasa tiada sebab kita nak berleter tanpa sebab munasabah..kadang-kadang ada perkara berlaku tanpa kita sedari yang impaknya lebih dari itu.
Saya pun tak pasti apakah terjadi seterusnya...tapi apa yang saya nak tegaskan di sini,contohnya kalau kereta atau motor kita rosak...apakah soalan pertama yang kita tanya atau fikirkan...
- Apa yang rosak ?
- Kenapa rosak ?
- Siapa kita nak panggil untuk bantuan ?
- Kat mana nak hantar repair ?
- Option kerosakan dengan gantian ?
- Harganya ?
- Keputusan kita...sangup atau tidak sanggup ?
Kenapa kita tidak bertanya soalan seperti di atas bila berlaku kejadian seperti anak kita di rotan,didenda,dicubit,dijotos,diluku atau ditampar(tempeleng) oleh orang yang bernama guru atau cikgu.
Zaman saya sekolah dulu zaman 80an' kalau saya kena dengan cikgu seperti denda di atas maka saya akan dapat juga dirumah jika saya mengadu.Lepas tu kena jawab dengan ibu bapa..KENAPA CIKGU BUAT MACAM TU.Salah jawab dapat lagi..aduh...macam mana dak mengadu kalau dah salah kita..betul tak?
Sebab tu bebudak zaman dulu banyak jadi orang bukan orang-orang...Jadi kita fikirlah dengan waras.
No comments:
Post a Comment