Minggu ini adalah minggu mahasiswa bagi pelajar baru,yang mendaftar pada 22.6.2009.Klick untuk lihat gambar
Wednesday, June 24, 2009
Friday, June 19, 2009
Musim BUAH datang lagi
Pada musim buah buahan ini sungguh seronok.Ramai saudara mara berkumpul dan berkunjung semata-mata untuk merasai buah-buahan yang ada di kampung.Itulah kekuatan persaudaraan dalam musim buah-buahan ini.Saya bersukur kerana dilahirkan dalam keadaan 3 bangsa iatu sebelah emak campuran jawa dan b anjar manakala sebelah bapa bugis makasar tulin.Maka bila balik kekampung sebelah ayah maka tergangalah saya kerana tidak tahu berbahasa bugis faham pun ayat seperti "mandreh(makan)" "aga karebah(apa kabar)""madicing(kabar baik)" dan beberapa patah perkataan lagi.Kalau kekampung satu lagi cakap jawa pulah "kabare(apa kabar)""waras(kabar baik)""mangan(makan)" dan beberapa patah perkataan lain lagi.Itulah uniknya mempunyai keluarga yang berbilang kaum ni..seronok dan boleh jadi bahan cerita dan bualan bila bersembang bersama saudara mara.Makan durian ni panas sampai tak boleh tidur malam.Tekak haus sahaja.Oleh itu perbanyakkan minum air masak atau air mineral.Kalau kat johor ni banyak tempat dusun durian seperti di Pontian,Pekan Nanas ,Kukup,benut atau Gelang patah seperti kampung pekajang,kg Pok dan pelbagai tempat lagi yang sedang gugur buah durianya.Tak lama lagi buah rambutan,pulasan dan manggis pulak.Pendek kata bersambunglah demam buah-buahan niMonday, May 25, 2009
Ibu Pukul Rakan Anaknya
Hari ini saya terbaca di harian metro satu kes seorang ibu menampar rakan anaknya di bilik darjah disebuah sekolah di Kuala Lumpur.
Mangsa tersebut baru berusia 7 tahun.Budak-budak gaduh mak bapak sebuk nak gaduh sama.Mungkin masa kecik dia tak pernah gaduh dah besar nak gaduh pulak.Tapi dengan budak 7 tahun.......alahai apa nak jadi dengan ibu bapa yang selalu memenangkan anak dan memanjakan anak.Ini akan menjadi penyakit keturunan bila anak ini besar dia pula akan membela(sebutannya bay iaitu bayla) anaknya.Puncanya ialah bila kita beranak sikit maka kita rasa terlalu sayang dengan anak kita berlebihan...dan mungkin....terlebih perihatin menyebabkan banyak ibu bapa hilang pertimbangan dan kewarasan dalam membuat keputusan.
Apa yang saya nak beritahu...ialah berita terbaru yang terjadi dikawasan saya.Kes yang hampir sama,iaitu seorang guru telah menampar anak muridnya dalam darjah 4.Tamparan guru ini telah menyebabkan anak muridnya terhantuk pada cermin tingkap.Maka berdarahlah kepala anak muridnya terkena cermin tadi dan setelah dibawa ke hospital maka kenalah 3 jahitan.
Macam biasalah ibu bapa anak murid guru ini menyerang guru tersebut di sekolah.
Nak jadikan cerita...berleterlah ibu murid yang cedera ini dengan sebakul sumpah seranah dan sekilo pertikaian kredibiliti guru tersebut.
Guru tersebut hanya diam tanpa jawapan...sebab tiada ruang untuk menjawab...semuanya sudah penuh kerana leteran ibu murid yang tercedera tersebut.
Saya rasa tiada sebab kita nak berleter tanpa sebab munasabah..kadang-kadang ada perkara berlaku tanpa kita sedari yang impaknya lebih dari itu.
Saya pun tak pasti apakah terjadi seterusnya...tapi apa yang saya nak tegaskan di sini,contohnya kalau kereta atau motor kita rosak...apakah soalan pertama yang kita tanya atau fikirkan...
- Apa yang rosak ?
- Kenapa rosak ?
- Siapa kita nak panggil untuk bantuan ?
- Kat mana nak hantar repair ?
- Option kerosakan dengan gantian ?
- Harganya ?
- Keputusan kita...sangup atau tidak sanggup ?
Kenapa kita tidak bertanya soalan seperti di atas bila berlaku kejadian seperti anak kita di rotan,didenda,dicubit,dijotos,diluku atau ditampar(tempeleng) oleh orang yang bernama guru atau cikgu.
Zaman saya sekolah dulu zaman 80an' kalau saya kena dengan cikgu seperti denda di atas maka saya akan dapat juga dirumah jika saya mengadu.Lepas tu kena jawab dengan ibu bapa..KENAPA CIKGU BUAT MACAM TU.Salah jawab dapat lagi..aduh...macam mana dak mengadu kalau dah salah kita..betul tak?
Sebab tu bebudak zaman dulu banyak jadi orang bukan orang-orang...Jadi kita fikirlah dengan waras.
Tuesday, May 12, 2009
Motosikal
Motorsikal adalah salah satu pengangkutan yang penting.
Tapi bagaimana..jika larangan motorsikal dilarang masuk ke bandar KL....!!!
macammana Pak guard nak kerja...Macamana....orang yang pengangkutanya hanya ada...
MOTORSIKAL....Kesian mereka ini....
Jangan kerana Mamat Rempit...maka orang lain pun kena....
Kalau bebudak tu dah kurang ajar...maka ajarlah mereka...
Kenapa nak babitkan orang lain..........
Buat undang...undang...keras untuk mereka...hantar ke sekolah budak nakal/jahat kat melaka..ke.....atau tempat khas untuk kes sosial....
Contohi Singapura....Kesalahan yang melibatkan kebersihan...hukumanya selain...
SAMAN...mereka juga dipastikan melakukan kerja SOSIAL untuk beberapa hari atau jam seperti memungut sampah cuci jamban ke...longkang ke..atau sebagainya..
Kalau tak masuk penjara dan kena sebat....
Rasanya bebudak ni kalau kena hukum ada kesedaran sikit.Maklumlah budak budak akal pun tak cukup lagi.
Zaman 80an hingga 90an rempit juga.. tapi tak menyusahkan orang...kita rempit dengan klick lain..lepas tu kat jalan gelap dan kosong..tak ada kenderaan.
Siapa kalah kena belanja makan satu klick.
Budak sekarang..siapa menang dapat Dosa ..tiket masuk neraka...apa dia..kalau tak perempuan untuk berzina.
Pernahkah kita terfikir ini kerja siapa sebenarnya.....kalau tak musuh kita yang nyata....
Iblis...Syaitan....dan sekutunya yang bertopengkan manusia...
Budak sekarang lain.. nak menunjuk...Riak...Takbur..Bodoh sombong.Tak de maknanya..
Kena sumpah dengan orang je..kalau 40 orang yang sumpah..tak ke termakbul sumpahan itu.!!
Sebenarnya kerja berdakwah ini kerja semua orang dengan dipandu oleh orang-orang dari Jabatan Agama...AJK Masjid dan sebagainya...tapi apa yang orang kita dah buat untuk menangani masalah ini....
Ada...tapi sikit atau pelan..pelan...(SLOW) sebab mereka ni memang pelan pun.Nak buat macam mana..Jadi kita fikir-fikirkanlah sendiri..dan buatlah sesuatu untuk menanganinya.
HElo...heloo...!!! ini baru satu masalah...belum yang lain....Jangan Tidur Lagi
Berfikir sedetik itu lebih baik dari beribadat seratus tahun
Thursday, April 23, 2009
Elektrik
TIPS MINGGU INI
Sistem bekalan tenaga di malaysia bagi bekalan pengguna adalah sistem bekalan satu fasa dan 3 fasa.
1.Bekalan 1 fasa adalah bekalan dengan 230 volt dengan frekuansi 50hz.
2.Bekalan 3 fasa adalah bekalan dengan 400 volt, 50hz
Bekalan 1 fasa mesti mempunyai satu fasa bekalan tenaga bersama 1 talian neutral dan 1 talian keselamatan iaitu dawai bumi yang dipasang dipepasangan pengguna.
Manakala bekalan 3 fasa mempunyai 3 fasa bekalan tenaga bersama 1 talian neutral dan 1 talian keselamatan iaitu dawai bumi yang dipasang dipepasangan pengguna
Bekalan 3 fasa terdiri dari 1.Fasa Merah 2.Fasa Kuning 3.Fasa Biru
Kitaran (squence)penggunaan fasa ini bagi gegelung motor 6 terminal ialah 1.Merah ke Kuning 2.Kuning ke Biru dan 3.Biru ke Merah.Jika kitaran ini tidak betul maka motor akan berputar dengan songsang(lawan jam).
Sistem inilah yang menerangi dan menceriakan kehidupan moden kita sekarang.Tetapi awas jangan sebarangan memegang apa-apa sistem bekalan yang terdedah dengan tangan.Kerana ini akan membawa padah kerana anda akan terkena rejatan elektrik.oleh itu sistem yang menceriakan akan menjadikan hidup kita atau orang sekeliling kita muram.
Friday, April 10, 2009
Fahaman Yang Ada Di Malaysia
Assalamualaikum
Hari ini satu majlis sembahyang hajat beramai ramai antara pelajar dan pengajar kolej Islam Johor dan Kolej Komuniti.Sembahyag hajat ini di adakan sempena peperiksaan yang hampir.Kekadang saya bertanya mengapa bila dah dekat peperiksaan baru nak sembahyang hajat.Di mana-mana sekolah pun sama.Walau apa pun kata orang yang penting kita masih ingat Allah dan memohon darinya kerana kelemahan kita.
Saya bukanlah seorang yang pandai dalam bidang agama tetapi mahir dalam bidang teknikal.Namun di sini ingin saya kongsi bersama pembaca beberapa perkara.Satu artikel telah saya jumpa di dalam surau yang ditulis oleh seseorang yang ingin menyuarakan perasaannya bagi dikongsi bersama antaranya ialah fahaman yang perlu ditolak oleh kita semua.Saya memohon maaf jika ada tersilap disini.Sesungguhnya tiada niat untuk menjatuhkan apa dan sesiapa jua.
1.Tabligh...kebanyakan pengikut asalnya berfahaman muktazilah dan campuran wahabi kerana pengasasnya berasal dari India iaitu Maulana Ilyas(wahabi)...mereka tidak menyambut maulud nabi katanya bidaah.Berdakwah beramai ramai tanpa ilmu yang lengkap.
(penulis-Tabligh tak salah tapi pengikut yang banyak silap dan salahnya.Mungkin ada cara untuk kita perbaiki cara berdakwah kepada umat islam disekeliling kita)
2.Sister In Islam...persatuan ini sebenarnya jahil agama cakap bukan bukan..munafik lagi fasik.Ilmu masih cetek.
3.Parti Politik malaysia....parti yang kebanyakannya konon memperjuangkan agama,bangsa dan negara.Tetapi para pemimpin mereka hanya pandai cakap sahaja,hanya ada ilmu duniawi, walaupun mereka cuba memasukkan seberapa ramai tokoh agama dalam politik mereka, sebenarnya semua itu untuk tujuan berkuasa."Akan ada antara kamu yang akan melantik pemimpin yang bukan dari ahlinya".Ada kuasa ada fulus....
4.Ajaran sesat...semakin banyak di malaysia...mengapa terjadi...bergini.Salah jabatan agama?salah kementerian tertentu?atau masyarakat sendiri...bak kata (raja lawak) lu..pikirlah sendiri...tapai sekarang umat islam tidak suka berfikir panjang...itulah masalahnya..jadi siapa nak betulkan.Mufti,Ulama,Imam,ustaz/ustazah,Cikgu,Ayah/Emak atau...semua sekali bersalah!!!.
5.Islam Liberal...kebanyakannya terjadi kepada student universiti dan kolej...siapa yang sebarkan...entah!!!Mereka ni macam free thinking....ikut sedap rasa.
6.Syiah...mengagungkan Saidina Ali drpd Rasululah sendiri.Boleh kawin mutaah itu yang ramai lelaki suka.Boleh kawin dan cerai bila suka...kalau jadi anak siapa nak bertanggungjawab?Kalau seorang perempuan boleh berkahwin sampai ratusan lelaki selepas habis edahnya.Tak ke sex halal ala pelacuran namanya.Merosakkan institusi keluarga dan maruah perempuan muslim namanya.Mereka juga suka berperang atau atas nama jihad...
Tuesday, April 7, 2009
Kawalan Motor
Hari ini satu persiapan dilakukan bagi pameran promosi bagi kursus elektrik.Pameran ini di adakan di Institute Hospitaliti YPJ di Perling,Johor Bahru pada 9.4.2009.Satu kawalan motor "Star Delta Forward Reverse" dan satu papan pendawaian permukaan dilakukan.Walaupun pendawaian permukaan tidak dilakukan sekarang kerana ada alternatif lain seperti pembuluh/konduit pvc dan Gi,ianya penting bagi menunjukan kefahaman yang sebenar tentang laluan kabel pendawaian.kawalan motor merupakan satu bentuk starter yang perlu bagi mengawal motor satu fasa dan 3 fasa.Pendawaian kawalan motor memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi seperti dilakukan oleh pelajar didalam gambar En lokman dan En panjang
Subscribe to:
Posts (Atom)