Thursday, December 31, 2009

Akibat Kalau sembahyang sekali sekala

MasyAllah...inilah akibat kalau sembahyang sekali sekala...walaupun lawak tapi sebagai pengajaran kepada kita..tengok sampai habis tau...

Wednesday, December 16, 2009

Awal Muharam 1431H

SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
  1. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan
  2. kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
Selamat Menyambut Maal Hijrah semoga tahun baru ini akan memberi kebaikan kepada kita semua InsyAllah.
PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah). 2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku: 1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. 12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 13. Hari pertama Allah menciptakan alam. 14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 15. Hari pertama Allah menurunkan hujan. 16. Allah menjadikan 'Arasy. 17. Allah menjadikan Luh Mahfuz. 18. Allah menjadikan alam. 19. Allah menjadikan Malaikat Jibril. 20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Mutiara kata

Hawa dicipta dari rusuk kanan Adam Bukan dari kepalanya untuk dijunjung Bukan dari kakinya untuk dijadikan pengalas Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup Dekat dengan lengan untuk dilindungi Dekat dengan hatinya untuk dicintai

Tuesday, November 24, 2009

Iblis menangis ketika mukmin bersalam RASULULLAH saw bersabda maksudnya: "Wahai manusia, sampaikanlah salam,berikanlah makan dan solatlah pada waktu malam ketika orang Lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga." Sabdanya lagi: "Sesungguhnya dalam syurga itu ada kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah dibayangkan hati manusia." Lalu bertanya sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah itu?" Sabda Rasulullah: "Ia bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang memberikan makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur." Bertanya sahabat: "Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya Rasulullah?" Sabda Rasulullah lagi: "Akan aku terangkan kepada kamu semua. Mereka ialah:- a. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, sesungguhnya dia telah menyiarkan salam. b. Barang siapa memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang, maka sesungguhnya dia telah memberi makan. c. Barang siapa berpuasa pada Ramadan, kemudian berpuasa enam hari Syawal (kecuali 1 Syawal), bererti dia sentiasa berpuasa. d. Barang siapa solat Isyak dan Subuh berjemaah, sesungguhnya dia mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur." Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya iblis menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh, aduh celaka, kedua-dua mukmin itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya." Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." "sampaikanlah walau satu ayat" al hadis Wassalam

Petua Ulangkaji Pelajaran

  1. Sediakan ruang bagi setiap anak secukupnya
  2. Jika tiada kerja sekolah suruh anak mengulangkaji pelajaran
  3. Duduk bersama-sama anak-anak
  4. Baca doa penerang hati(muslim)
  5. Tutup tv
  6. Buat jadual ulangkaji anak anda
  7. Sekali sekala ibu bapa bercerita tentang ilmu kepada anak-anak
  8. Jika ibu bapa tak mampu membantu anak dalam pelajaran carikan kelas tuisyen
  9. Tanya anak and tentang kefahamanya
  10. Sedia berbual dengan anak-anak agar lebih mesra
  11. Bila anak akan menghadapi peperiksaan,bantu dengan doa dan sembahyang

Monday, November 9, 2009

Majlis Perkahwinan Tam

Pada hari minggu 8.11.09.penulis telah dijemput untuk menghadiri satu majlis perkahwinan celeberiti,penyanyi kumpulan spider Tam dan Lin iaitu orang pekan nenas,Pontian,Johor.Majlis sederhana tetapi meriah dengan kehadiran rakan artis dan dj radio sinar khairil sebagai DJ jemputan.

Friday, October 16, 2009

Rumah Terbuka Jamuan Raya

Minggu ini adalah minggu terakhir bagi umat islam untuk menyambut hari raya.Hanya umat melayu sahaja yang menyambut hari raya dengan meriah selama sebulan syawal.Macam lepas geram setelah sebulan berpuasa...sepertinya..betul..kalau dipikir semulalah..Ada bagusnya kerana dalam bulan inilah kita dapat berjumpa dan menjemput semua handai taulan ke rumah atau tempat kerja kita.hari lain macam kurang efficent agaknya...Pendapat masing-masing cara masing-masing.Apa yang penting ikhlas dan dari rezeki yang halal kerana itulah adanya doa seperti"Wahai Tuhanku berkatilah apa yang Engkau berikan kepada kami dan selamatkanlah kami dari api neraka"..Kanak-kanak sekolah pra pun baca doa ini..Kenapa tidak kita..ya tak!!!Maknanya makanan yang halal membawa berkat..hati yang ikhlas memberi cahaya petunjuk...sedekah amalan membawa ke syurga..InsyaAllah.

Tuesday, September 8, 2009

Nama syaitan dalam surah Al Fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan, Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. 1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH 2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB 3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU 4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK 5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS 6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!! 7) SIROTHOLLAZI........sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti. 8) AMIN, hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA.... dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat, Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Wednesday, September 2, 2009

Selamat Berpuasa dan Berhari raya

Semoga dengan ramadan ini akan memberi kerahmatan kepada kita semua.Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua yang saya kenal.Minta maaf jika ada terkasar bahasa,tersilap kata,termakan ,terminum dan perbuatan yang menyinggung perasaan. Nuzul Al Quran Adalah hari di mana turunnya Al Quran Nur Karim kepada nabi Muhammad SAW jatuhnya pada 17 Ramadan bersamaan 7 September 2009.Hari yang penuh bersejarah dan penuh dengan kerahmatan kepada semua umat manusia.

Tuesday, August 4, 2009

Konser R&R SinarFm

Dahsyat juga linda onn main drum..khairel pun best juga goreng lagu 60an beb...

Wednesday, July 1, 2009

Cocacola and pepsi

Lihat kesan cocacola dan pepsi jika dicampur dengan mentos.Ia juga boleh digunakan memasak daging.Apa akan jadi kalau dalam perut.Ianya akan menghakis kalsium dan menyebabkan kita kehilangan kalsium. Mahu minum coke lagi ke? tak takut ke?

Wednesday, June 24, 2009

MWS

Minggu ini adalah minggu mahasiswa bagi pelajar baru,yang mendaftar pada 22.6.2009.Klick untuk lihat gambar

Friday, June 19, 2009

Musim BUAH datang lagi

Pada musim buah buahan ini sungguh seronok.Ramai saudara mara berkumpul dan berkunjung semata-mata untuk merasai buah-buahan yang ada di kampung.Itulah kekuatan persaudaraan dalam musim buah-buahan ini.Saya bersukur kerana dilahirkan dalam keadaan 3 bangsa iatu sebelah emak campuran jawa dan b anjar manakala sebelah bapa bugis makasar tulin.Maka bila balik kekampung sebelah ayah maka tergangalah saya kerana tidak tahu berbahasa bugis faham pun ayat seperti "mandreh(makan)" "aga karebah(apa kabar)""madicing(kabar baik)" dan beberapa patah perkataan lagi.Kalau kekampung satu lagi cakap jawa pulah "kabare(apa kabar)""waras(kabar baik)""mangan(makan)" dan beberapa patah perkataan lain lagi.Itulah uniknya mempunyai keluarga yang berbilang kaum ni..seronok dan boleh jadi bahan cerita dan bualan bila bersembang bersama saudara mara.Makan durian ni panas sampai tak boleh tidur malam.Tekak haus sahaja.Oleh itu perbanyakkan minum air masak atau air mineral.Kalau kat johor ni banyak tempat dusun durian seperti di Pontian,Pekan Nanas ,Kukup,benut atau Gelang patah seperti kampung pekajang,kg Pok dan pelbagai tempat lagi yang sedang gugur buah durianya.Tak lama lagi buah rambutan,pulasan dan manggis pulak.Pendek kata bersambunglah demam buah-buahan ni

Monday, May 25, 2009

Ibu Pukul Rakan Anaknya

Hari ini saya terbaca di harian metro satu kes seorang ibu menampar rakan anaknya di bilik darjah disebuah sekolah di Kuala Lumpur. Mangsa tersebut baru berusia 7 tahun.Budak-budak gaduh mak bapak sebuk nak gaduh sama.Mungkin masa kecik dia tak pernah gaduh dah besar nak gaduh pulak.Tapi dengan budak 7 tahun.......alahai apa nak jadi dengan ibu bapa yang selalu memenangkan anak dan memanjakan anak.Ini akan menjadi penyakit keturunan bila anak ini besar dia pula akan membela(sebutannya bay iaitu bayla) anaknya.Puncanya ialah bila kita beranak sikit maka kita rasa terlalu sayang dengan anak kita berlebihan...dan mungkin....terlebih perihatin menyebabkan banyak ibu bapa hilang pertimbangan dan kewarasan dalam membuat keputusan. Apa yang saya nak beritahu...ialah berita terbaru yang terjadi dikawasan saya.Kes yang hampir sama,iaitu seorang guru telah menampar anak muridnya dalam darjah 4.Tamparan guru ini telah menyebabkan anak muridnya terhantuk pada cermin tingkap.Maka berdarahlah kepala anak muridnya terkena cermin tadi dan setelah dibawa ke hospital maka kenalah 3 jahitan. Macam biasalah ibu bapa anak murid guru ini menyerang guru tersebut di sekolah. Nak jadikan cerita...berleterlah ibu murid yang cedera ini dengan sebakul sumpah seranah dan sekilo pertikaian kredibiliti guru tersebut. Guru tersebut hanya diam tanpa jawapan...sebab tiada ruang untuk menjawab...semuanya sudah penuh kerana leteran ibu murid yang tercedera tersebut. Saya rasa tiada sebab kita nak berleter tanpa sebab munasabah..kadang-kadang ada perkara berlaku tanpa kita sedari yang impaknya lebih dari itu. Saya pun tak pasti apakah terjadi seterusnya...tapi apa yang saya nak tegaskan di sini,contohnya kalau kereta atau motor kita rosak...apakah soalan pertama yang kita tanya atau fikirkan...
  1. Apa yang rosak ?
  2. Kenapa rosak ?
  3. Siapa kita nak panggil untuk bantuan ?
  4. Kat mana nak hantar repair ?
  5. Option kerosakan dengan gantian ?
  6. Harganya ?
  7. Keputusan kita...sangup atau tidak sanggup ?

Kenapa kita tidak bertanya soalan seperti di atas bila berlaku kejadian seperti anak kita di rotan,didenda,dicubit,dijotos,diluku atau ditampar(tempeleng) oleh orang yang bernama guru atau cikgu.

Zaman saya sekolah dulu zaman 80an' kalau saya kena dengan cikgu seperti denda di atas maka saya akan dapat juga dirumah jika saya mengadu.Lepas tu kena jawab dengan ibu bapa..KENAPA CIKGU BUAT MACAM TU.Salah jawab dapat lagi..aduh...macam mana dak mengadu kalau dah salah kita..betul tak?

Sebab tu bebudak zaman dulu banyak jadi orang bukan orang-orang...Jadi kita fikirlah dengan waras.

Tuesday, May 12, 2009

Motosikal

Motorsikal adalah salah satu pengangkutan yang penting.
Tapi bagaimana..jika larangan motorsikal dilarang masuk ke bandar KL....!!!
macammana Pak guard nak kerja...Macamana....orang yang pengangkutanya hanya ada...
MOTORSIKAL....Kesian mereka ini....
Jangan kerana Mamat Rempit...maka orang lain pun kena....
Kalau bebudak tu dah kurang ajar...maka ajarlah mereka...
Kenapa nak babitkan orang lain..........
Buat undang...undang...keras untuk mereka...hantar ke sekolah budak nakal/jahat kat melaka..ke.....atau tempat khas untuk kes sosial....
Contohi Singapura....Kesalahan yang melibatkan kebersihan...hukumanya selain...
SAMAN...mereka juga dipastikan melakukan kerja SOSIAL untuk beberapa hari atau jam seperti memungut sampah cuci jamban ke...longkang ke..atau sebagainya..
Kalau tak masuk penjara dan kena sebat....
Rasanya bebudak ni kalau kena hukum ada kesedaran sikit.Maklumlah budak budak akal pun tak cukup lagi.
Zaman 80an hingga 90an rempit juga.. tapi tak menyusahkan orang...kita rempit dengan klick lain..lepas tu kat jalan gelap dan kosong..tak ada kenderaan.
Siapa kalah kena belanja makan satu klick.
Budak sekarang..siapa menang dapat Dosa ..tiket masuk neraka...apa dia..kalau tak perempuan untuk berzina.
Pernahkah kita terfikir ini kerja siapa sebenarnya.....kalau tak musuh kita yang nyata....
Iblis...Syaitan....dan sekutunya yang bertopengkan manusia...
Budak sekarang lain.. nak menunjuk...Riak...Takbur..Bodoh sombong.Tak de maknanya..
Kena sumpah dengan orang je..kalau 40 orang yang sumpah..tak ke termakbul sumpahan itu.!!
Sebenarnya kerja berdakwah ini kerja semua orang dengan dipandu oleh orang-orang dari Jabatan Agama...AJK Masjid dan sebagainya...tapi apa yang orang kita dah buat untuk menangani masalah ini....
Ada...tapi sikit atau pelan..pelan...(SLOW) sebab mereka ni memang pelan pun.Nak buat macam mana..Jadi kita fikir-fikirkanlah sendiri..dan buatlah sesuatu untuk menanganinya.
HElo...heloo...!!! ini baru satu masalah...belum yang lain....Jangan Tidur Lagi
Berfikir sedetik itu lebih baik dari beribadat seratus tahun

Thursday, April 23, 2009

Elektrik

TIPS MINGGU INI Sistem bekalan tenaga di malaysia bagi bekalan pengguna adalah sistem bekalan satu fasa dan 3 fasa. 1.Bekalan 1 fasa adalah bekalan dengan 230 volt dengan frekuansi 50hz. 2.Bekalan 3 fasa adalah bekalan dengan 400 volt, 50hz Bekalan 1 fasa mesti mempunyai satu fasa bekalan tenaga bersama 1 talian neutral dan 1 talian keselamatan iaitu dawai bumi yang dipasang dipepasangan pengguna. Manakala bekalan 3 fasa mempunyai 3 fasa bekalan tenaga bersama 1 talian neutral dan 1 talian keselamatan iaitu dawai bumi yang dipasang dipepasangan pengguna Bekalan 3 fasa terdiri dari 1.Fasa Merah 2.Fasa Kuning 3.Fasa Biru Kitaran (squence)penggunaan fasa ini bagi gegelung motor 6 terminal ialah 1.Merah ke Kuning 2.Kuning ke Biru dan 3.Biru ke Merah.Jika kitaran ini tidak betul maka motor akan berputar dengan songsang(lawan jam). Sistem inilah yang menerangi dan menceriakan kehidupan moden kita sekarang.Tetapi awas jangan sebarangan memegang apa-apa sistem bekalan yang terdedah dengan tangan.Kerana ini akan membawa padah kerana anda akan terkena rejatan elektrik.oleh itu sistem yang menceriakan akan menjadikan hidup kita atau orang sekeliling kita muram.

Friday, April 10, 2009

Fahaman Yang Ada Di Malaysia

Assalamualaikum Hari ini satu majlis sembahyang hajat beramai ramai antara pelajar dan pengajar kolej Islam Johor dan Kolej Komuniti.Sembahyag hajat ini di adakan sempena peperiksaan yang hampir.Kekadang saya bertanya mengapa bila dah dekat peperiksaan baru nak sembahyang hajat.Di mana-mana sekolah pun sama.Walau apa pun kata orang yang penting kita masih ingat Allah dan memohon darinya kerana kelemahan kita. Saya bukanlah seorang yang pandai dalam bidang agama tetapi mahir dalam bidang teknikal.Namun di sini ingin saya kongsi bersama pembaca beberapa perkara.Satu artikel telah saya jumpa di dalam surau yang ditulis oleh seseorang yang ingin menyuarakan perasaannya bagi dikongsi bersama antaranya ialah fahaman yang perlu ditolak oleh kita semua.Saya memohon maaf jika ada tersilap disini.Sesungguhnya tiada niat untuk menjatuhkan apa dan sesiapa jua.
1.Tabligh...kebanyakan pengikut asalnya berfahaman muktazilah dan campuran wahabi kerana pengasasnya berasal dari India iaitu Maulana Ilyas(wahabi)...mereka tidak menyambut maulud nabi katanya bidaah.Berdakwah beramai ramai tanpa ilmu yang lengkap. (penulis-Tabligh tak salah tapi pengikut yang banyak silap dan salahnya.Mungkin ada cara untuk kita perbaiki cara berdakwah kepada umat islam disekeliling kita)
2.Sister In Islam...persatuan ini sebenarnya jahil agama cakap bukan bukan..munafik lagi fasik.Ilmu masih cetek.
3.Parti Politik malaysia....parti yang kebanyakannya konon memperjuangkan agama,bangsa dan negara.Tetapi para pemimpin mereka hanya pandai cakap sahaja,hanya ada ilmu duniawi, walaupun mereka cuba memasukkan seberapa ramai tokoh agama dalam politik mereka, sebenarnya semua itu untuk tujuan berkuasa."Akan ada antara kamu yang akan melantik pemimpin yang bukan dari ahlinya".Ada kuasa ada fulus....
4.Ajaran sesat...semakin banyak di malaysia...mengapa terjadi...bergini.Salah jabatan agama?salah kementerian tertentu?atau masyarakat sendiri...bak kata (raja lawak) lu..pikirlah sendiri...tapai sekarang umat islam tidak suka berfikir panjang...itulah masalahnya..jadi siapa nak betulkan.Mufti,Ulama,Imam,ustaz/ustazah,Cikgu,Ayah/Emak atau...semua sekali bersalah!!!.
5.Islam Liberal...kebanyakannya terjadi kepada student universiti dan kolej...siapa yang sebarkan...entah!!!Mereka ni macam free thinking....ikut sedap rasa.
6.Syiah...mengagungkan Saidina Ali drpd Rasululah sendiri.Boleh kawin mutaah itu yang ramai lelaki suka.Boleh kawin dan cerai bila suka...kalau jadi anak siapa nak bertanggungjawab?Kalau seorang perempuan boleh berkahwin sampai ratusan lelaki selepas habis edahnya.Tak ke sex halal ala pelacuran namanya.Merosakkan institusi keluarga dan maruah perempuan muslim namanya.Mereka juga suka berperang atau atas nama jihad...

Tuesday, April 7, 2009

Kawalan Motor

Hari ini satu persiapan dilakukan bagi pameran promosi bagi kursus elektrik.Pameran ini di adakan di Institute Hospitaliti YPJ di Perling,Johor Bahru pada 9.4.2009.Satu kawalan motor "Star Delta Forward Reverse" dan satu papan pendawaian permukaan dilakukan.Walaupun pendawaian permukaan tidak dilakukan sekarang kerana ada alternatif lain seperti pembuluh/konduit pvc dan Gi,ianya penting bagi menunjukan kefahaman yang sebenar tentang laluan kabel pendawaian.kawalan motor merupakan satu bentuk starter yang perlu bagi mengawal motor satu fasa dan 3 fasa.Pendawaian kawalan motor memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi seperti dilakukan oleh pelajar didalam gambar En lokman dan En panjang

Friday, March 27, 2009

Maulidurasul

Tema Maulidurasul tahun ini adalah 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah".oleh itu satu sambutan peringkat Kumpulan Pendidikan YPJ telah diadakan di Dewan Besar Kolej Islam Johor.Penceramah undangan adalah Ustaz Hj Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz(pengarah Akademi Al-Quran Wal Hadis At-Taqwa,Sabah).Persembahan nasyid adalah staff dari Jabatan Agama Johor iaitu johan nasyid peringkat negeri Johor.Johan perarakan dimenangi oleh KKYPJJB dibawah pimpinan pengurus kolej En Mohd Abdul Basit.Sehari sebelum itu satu aktiviti rewang diadakan di kantin KPYPJ di Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru.

Monday, March 16, 2009

Sambutan Maulidurasul

Semalam Ahad 15.3.09.Satu sambutan maulidurasul masjid Pekan Nanas diadakan.Penceramah undangan ialah ustaz Hassan Din Al Hafiz.Bermacam acara diadakan sebelum hari kemuncak sambutan seperti perlawanan futsal,kompang,berzanji,mengaji dan merwarna bagi kanak-kanak berumur antara 3-6 tahun dan 7-8 tahun.Masjid Pekan Nanas adalah antara masjid yang aktif dalam pelbagai acara.

Monday, March 9, 2009

Artikel

Hari ini adalah hari sambutan maulidurasul s.a.w.Ada pihak menyatakan sambutan ini bidaah.Manakala bagi ahli suni ianya adalah salah satu sambutan bagi mengingati tentang kelahiran nabi muhamad s.a.w yang telah menerangi hidup manusia dari kegelapan.Kelahiran yang tiada tolok bandingnya dari kelahiran lain.Dikala nabi dilahirkan dikatakan telah memancar cahaya hingga ke syaria dan lingkungan radius dari nabi dilahirkan.Para malaikat turun kebumi dan berselawat keatasnya,manakala awan berarak menutupi kawasan kelahiran nabi dari kepanasan matahari.Berselawatlah ke atas nabi nascaya para malaikat akan memberitahu nabi siapa yang berselawat keatasnya.Semoga orang berselawat kepada nabi akan mendapat syafaat di hari akhirat kelak.Selawat paling ringkas ialah 'Allah huma sali ala Muhammad'.Rugilah orang yang tidak berselawat ke atas nabi.Kerana Allah menjanjikan pahala yang besar kepada sesiapa berselawat ke atas Nabi Muhamad s.a.w.Jangan sekadar berselawat...tetapi ikutlah segala ajaran islam yang telah nabi berikan.Ada banyak cara berselawat ke atas nabi....rajin-rajinlah mencari buku dan sumber dari media elektronik yang canggih sekarang.

Travel

Semalam penulis pergi ke air hitam Batu Pahat,Saja ikut abang dan mertuanya pergi cari bunga.Banyak perubahan di air hitam sekarang kerana pekannya semakin membesar dan semakin banyak perniagaan menjual barangan seperti kerepek,pasu,bantal dan kraftangan yang menarik hati di sana.Jarang orang yang kesana balik dengan tangan kosong.Tetapi kenapa Air Hitam tidak di tempat lain....mungkin kerana namanya dan produknya sudah sinonim dengan orang Johor dan Melaka.Begitu juga dengan Tangkak di Muar terkenal dengan barangan kainnya,Kukup Laut(Permas) dan Tanjung Piai(Serkat),Pontian dengan makanan lautnya,Pekan Nanas dengan produk Nanasnya dan banyak tempat lain juga mempunyai keistimewaanya sendiri.

Thursday, March 5, 2009

Hobi kereta

Hobi yang perlu banyak modal tapi ada kepuasannya tersendiri Solek Kereta

Maintenance office

Alhamdulilah ..hari semalam pelajar tahap 3 buat pemasangan kabel network dari bilik pelajar elektrik ke bilik kuliah tahap 3.Kabel dimasukkan dalam konduit GI dan ditanam dalam tanah.Apa yang lebih mencabar ialah memotong simen koridor dan tar jalan sepanjang 24 kaki.Siap juga akhirnya dan hari ini akan dilakukan kerja menyimin jalan dan simen koridor.Network ada komputer lak tiada.Tapi tak pe,kalau ada laptop lehlah network.Hari ini lak tukar 2 soket baru di office.Wiring talian fax dalam cassing 1 inci.Alih kipas angin diruang tamu pejabat.

Thursday, February 26, 2009

Kejiranan

Apakah kita perlu menubuhkan persatuan penduduk...atau biarkan sahaja..Hari ahad 1 Mac 2009.Satu aktiviti gotong royong dilakukan di jalan rumah penulis dan jalan bersebelahan rumah penulis.Aktiviti adalah untuk membersihkan longkang di hadapan dan belakang rumah masing-masing.Banyak pengajaran yang boleh didapati seperti 1)sikap jiran kita tentang gotong royong.ada yang malas buat tapi turun padang.Alasan mereka,kan ini kerja majlis.....Pada penulis kita atau anak kita buang sampah kitalah bersihkan.kecuali benda besar...kita tak de alat barulah kita minta majlis bersihkan melalui SWM. 2)Kemesraan jiran kita.dengan adanya gotong royong barulah orang rumah kita kenal siapa jiran satu blok mereka.Itupun tak semua.Ada juga jiran yang orang rumahnya tak keluar langsung.Tak tahulah...Penulis rasa kemesraan sekarang tak macam kat kampung...bak kata pepatah "cubit peha kanan peha kiri terasa"

Video

Ini adalah salah satu lagu yang sedang top sekarang ni...dimana tajuk dramanya adalah 'Jelita'.Kadang-kadang tak mis juga penulis menontonya di TV3 lepas sembahyang zohor.Apa yang memberi pengajaran adalah sikap dendam manusia yang tak pernah tamat,sikap sombong orang kaya..macam kat malaysia gak.Sikap buruk sangka yang mudah di api-apikan oleh orang ketiga.Permainan kotor orang yang ingin mengenakan kita.Yang penting sikap cinta dan kasih sayang tidak mungkin dapat dipisahkan dan dijual beli.Pengejaran yang paling penting bagi penulis adalah orang miskin selalu dihina ,bukan kerana tidak mempunyai wang tetapi tidak mempunyai ilmu untuk menghadapi situasi kehidupan.

Wednesday, February 25, 2009

Hobi

Kalau kail ponjang sojongkal ikan bosar jangan harap didugo.Kadang-kadang hobi memancing ni ada bagusnya jugak.Terutama jika umpannya mengena dan ikan bosar pulak tu.Siapa yang tak jelous macam ni.Dulu penulis jiga suka memancing.tapi bila asyik tidak dapat ikan bosar,bosan pulak.Kemudian tukar hobi suka melayari internet untuk mencar teknologi terkini dan pelajaran baru.Lagi syok rasanya.